Gambaran budaya bagi Badak Sumbu Badak_sumbu

Badak sumbu pada mosaic Rom di Villa Romana del Casale, tapak arkheologi berhampiran Piazza Armerina di Sicily, ItaliUkiran badak sumbu, Bangunan Sains Biologi, Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts.

Terdapat beberapa lagenda mengenai badak sumbu memadamkan api. Kisah ini kelihatannya biasa di Malaysia, India, dan Burma. Badak sumbu jenis ini turut memiliki nama khas dalam bahasa Melayu, badak api. Haiwan ini akan datang apabila api dinyalakan dalam hutan dan akan memadamkannya. Samaaada ia adalah benar ataupun tidak masih belum dibuktikan, kerana tidak terdapat bukti ia dilihat kebelakangan ini. Kekurangan bukti ini mungkin akibat secara menyeluruh, badak sumbu semakin jarang dilihat di Asia Tenggara, kebanyakannya disebabakan pemburuan haram meluas bagi haiwan yang terancam ini. Lagenda ini ditonjolkan dengan jelas dalam filem The Gods Must Be Crazy dan juga dalam episode The Simpsons.

Badak Sumbu Dürer's, dalam ukiran kayu bertarikh 1515.

Sungguhpun badak sumbu merupakan haiwan maun, dalam novel James and the Giant Peach oleh pengarang Roald Dahl, keluarga watak utama dikatakan dimakan oleh badak sumbu yang bebas dari Zoo London Zoo.

Albrecht Dürer mencipta ukiran kayu terkenal mengenai badak sumbu pada 1515, tanpa pernah melihat haiwan yang digambarkannya. Akibatnya, Badak Sumbu Dürer tidak begitu tepat.

Dalam ‘’The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch, and the Wardrobe’’, lima Badak Sumbu Hitam dilihat berjuang menentang ‘’White Witch’’.

Dalam penerbangan Amerika Syarikat, salah satu nama tidak rasmi bagi pesawat pejuang McDonnell Douglas F-4 Phantom II adalah "Rhino" dan pejuang serang di kapal pengangkut Boeing (McDonnell Douglas) F/A-18 E/F Super Hornet juga dikenali secara tidak rasmi sebagai "Rhino" bagi membezakannya dari model tinggalan F/A-18 Hornet apabila berhubung bagi pola pendaratan kapal pengangkut agar berat bersesuaian bagi peralatan penahan boleh di set tanpa kekeliruan antara "Hornet" dan "Super Hornet" melalui radio sekiranya isyarat pemancaran terherot.

Rujukan

WikiPedia: Badak_sumbu http://196.36.153.129/cms/african-rhino/irie.aspx http://www.savefoundation.org.au/ http://www.yesmag.bc.ca/Questions/rhino.html http://seahorse.fisheries.ubc.ca/pdfs/parryjones_a... http://www.rhinoresourcecenter.com/ http://www.rhinoresourcecenter.com/images/all/adde... http://www.rhinoresourcecenter.com/species/ http://www.sa-venues.com/wildlife/wildlife_rhino.h... http://www.springerlink.com/openurl.asp?genre=arti... http://www.therhinoguide.com/javan-rhinoceros.html